Pages

Ahad, 5 Disember 2010

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

dah lama tak santai-santai di hujung minggu kat rumah sendiri. asyik merayap je kerja. rumah pun tak ada rupa rumah dah. jadi hari ni dah bertukar jadi hari mengemas rumah..

sambil-sambil kemas tu sempat gak memasak. kira multitasking lah.. heheh

raya korban hari tu dapat banyak daging, mak kita pun kasik lah 3-4kg. fuhh, penuh esbox dengan daging. hari ni baru ada masa nak masak daging tu.

adik saya balik minggu ni, dia pun request lah daging salai masak lemak cili api seperti yang telah dijanjikan oleh saya. sebagai kakak yang prihatin, haruslah saya memenuhi kehendak adik bungsu ku nan satu tu. hehehe




jom kita tengok resepi:

500g daging salai (dah salai siap-siap kat kampung ◠‿◠)
kunyit hidup 4inci
cili padi 2 genggam  (ikut suka lah nak letak berapa, lagi manyak lagi berasap woooo)
daun kunyit sehelai dihiris halus (50sen sehelai, mahalnyeeee)
serai 2 batang dititik
santan 1 paket dibancuh dengan air suam
kiub ayam 1/2 ketul
garam secukupnya

cara-cara

1. daging salai dihiris nipis kemudian rebus untuk bagi dia empuk, air rebusan jangan buang ye!
2. blend kunyit dan cili padi kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan daging. didihkan.
3. masukkan santan kacau rata
4. masukkan serai dan daun kuyit, kacau rata
5. masukkan bahan perasa (kiun ayam & garam)
6. kacau sentiasa agar santan tak berketul, dah mendidih rasakan. dah cukup rasa tu, boleh tutup api.
7. hidangkan bersama nasi panas, ikan masin, sayur goreng... fuhhhhh. boyfriend call pun tak layan...huahuahua


macam mana nak buat daging salai?? sonang jooo

daging dicuci bersih
perap 30 min - 1jam bersama garam dan kunyit hidup yang ditumbuk campur asam limau sikit
salai hingga masak, bukan bakar ye...salai... ◠‿◠


video klip iklan siti nurhaliza

saya suka tengok iklan lakonan siti zaman muda belia dulu. jom layan... ^_^

Iklan Hotlink..ada lisa surihani zaman remaja & sazzy falak




Iklan Hotlink juga, tapi Siti featuring Farid Kamil pulak...

Jumaat, 3 Disember 2010

mahu salin kulit

jeles lah tengok template blog orang lain lawa-lawa
i nak tukar kulit jugak lah...
nantikannnnnnnn




Rabu, 1 Disember 2010

Guruh Super Kuat Kebaboomm

Ini reaksi aku bila terdengar guruh super kuat kebaboom kat office hari ni





OPOCOT!! 





malu i nyah... kuat tau i latah tadi 


Kuil Angelina Jolie

Wow! Hebat lah, ada Kuil Angelina Jolie pulak dah. kat mana? 




Sumber: Berita Harian
Kuil Kemboja abadikan nama Angelina Jolie

PHNOM PENH: Aktres terkenal Amerika Syarikat, Angelina Jolie mungkin tidak memiliki daya penarik kepada penduduk Kemboja, lokasi terkini penggambarannya, namun penganut Hindu menggunakan namanya untuk sebuah kuil mereka.

Rajan Zed, presiden Persatuan Universal Hindu, memberitahu agensi berita WENN, bintang itu amat disayangi penganut Hindu di Kemboja.



Justeru, mereka menamakan sebuah kuil tempat ibadat di Angkor dengan nama ‘Kuil Angelina Jolie.’

“Ia tapak kurun ke-12 digelar Ta Prohm, selain dikenali sebagai Brahma Lama dan pada asalnya dinamakan Rajavihara atau rumah agama diraja. Kini ia digelar Kuil Angelina Jolie,” kata Rajan.

Jolie pernah menjalani penggambaran filem Lara Croft: Tomb Raider pada 2000. Kawasan kuil itu tempat pelbagai adegan penggambaran filem Tomb Raider dengan Jolie memegang watak Lara Croft memerangi satu persatuan rahsia digelar Illuminati kerana memiliki satu azimat lama.

Sebuah restoran tempatan menjual koktel ‘Tomb Raider’ menjadi pilihan Jolie. Sementara itu, anak lelakinya, Maddox dilahirkan di wilayah Siem Reap, tempat terletaknya kuil itu. 


Penghormatan tidak rasmi yang diberi kepada Jolie bersama tanggungjawab kerana Zed menggesa pelakon itu menggunakan statusnya sebagai “penaung suci Kemboja” bagi membantu memulihara tapak itu. – Agensi



Note: agak-agak, dalam kuil tu akan ada patung atau gambar angelina jolie tak? Lepas ni mesti akan jadi satu lagi tarikan pelancong untuk pergi selepas kuil angkor wat