Pages

Isnin, 15 November 2010

Jangan Menghina

Serious bila aku baca hadis ni hati aku tersentap. Aku pernah dihina dan menghina (zaman aku jahil). Nauzubillah. Elakkan aku dari terjebak ke kancah hina Ya Allah.

Rasulullah SAW bersabda:


"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut."

(HR. Tirmizi)


Ahad, 14 November 2010

Pantun Aurat Wanita

Pantun ni saya dapat dari email yang dihantar oleh seorang sahabat. tak tahu lah pantun ni dia reka sendiri atau copy dari mana-mana tempat. saya cuma nak kongsi the contents of pantun. jom kita sama-sama renung2kan dan selamat beramal. InsyaAllah (◕‿-)


sumber gambar: iluvislam.com


Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat



Jumaat, 12 November 2010

Alam Fana Cinta Mu

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah


Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi

Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga

Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia


Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta


Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga
 
 
Note: Lagu ni saya selalu nyanyi sewaktu masih kanak-kanak hingusan. Paksa abang chik pasang lagu ni. lepas tu saya akan berdiri atas kerusi (konon pentas lah) dan menyanyi dengan penuh perasaan. hehehe . Agak-agak, lagu ni boleh jadi theme song untuk blog Alam & Maya, Fantasi & Reality x?


Jumaat, 5 November 2010

marah

angry by ~TiaraMia




aku marah
bila aku sudah berusaha menjadi yang terbaik
tetapi sesuatu yang aku inginkan masih tidak tercapai
makin marah dan sedih
jika melihat orang yang tidak berusaha 
dengan mudah memporoleh apa yang dihajati
kenapa?
aku fikir, kualiti usaha aku kurang
ya, aku perlu tingkatkan kualiti
tolong hamba-Mu Ya Rabbi

Selasa, 2 November 2010

sakit

aku letih
aku sakit
penat memendam rasa
banyak benar dosa aku pada Mu wahai Pencipta yang Maha Agung
aku buat dosa
bayaran cash aku terima
terima kasih
aku benar-benar bersyukur
Ya Pencipta
aku penat dengan dugaan
aku mohon diberi kekuatan
agar aku mampu tersenyum indah di Firdausi
ameeen

02112010:1116AM