Pages

Rabu, 20 Oktober 2010

2 0 1 0 2 0 1 0

aku benci bila semalam kau cakap lain
hari ni kau cakap lain
sudahnya aku yang susah
kau memang suka susah kan aku ek?
benci kau lah...

sekarang aku tak ada mood nak buat kerja
tunggu minggu depan aku hantar
masa tu baru kau tahu langit tu tinggi

tak susah nak buat kerja dengan aku
aku memang follow spec
tapi kau suka-suka bolak balik spec tuh
sekarang aku nak pergi tidurrrr
good nite!!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Selasa, 19 Oktober 2010

cari rumah sewa

saya sedang cari rumah untuk disewa. sewa range below RM 500. area puchong ke taman kinrara.
saya ada gak search kat mudah.com. adalah jumpa satu iklan tu. condition rumah tu macam ni:
Rumah ada periuk nasi elektrik, pembakar roti, seterika & cerek eletrik. Persekitaran sangat selesa, tanpa gangguan & 'LINE CLEAR'. Ada banyak public transport (RapidKL/teksi & kerap)
korang nampak tak perkataan line clear? pengiklan tu siap uppercase lagi perkataan tu. agak-agak korang ape yang dimaksudkan dengan perkataan line clear kat situ? setakat yang saya tahu, nasi kandar sedap kat penang, kedai dia nama line clear.. hekhek

p/s: ada jugak orang carik umah yang line clear ek. line streamyx yang clear kot. tak pun line telefo yang clear. hekhek



Ahad, 17 Oktober 2010

popcorn saturday nite movie

real wooo, tengok darah mengalir-ngalir atas tangga. orang histeria ala-ala tarik rambut.. nasib black maria tak datang. kalau datang gak, berkelip-kelip disco la lampu biru proton putih tuh sampai ke pagi.

sejak setahun lebih aku duk kat perkampungan rajinikanth ni, dah banyak kali aku tengok kes parang-parang nih. syok-syok orang tu makan burger daging special cheese, tiba-tiba shiappppp dah hilang separuh tangan.. main sentap je parang tu kat siapa-siapa je dia suka.

korang tahu dak kat mana area puchong or kinrara yang rumah sewa dia murah. aku nak pindah la. bosan dah tengok movie darah-darah nih. aku tak suka. aku suka citer harry potter, yang ada magic-magic. haishh..

handsome tak kanda rajinikanth?? padayappa!!


Khamis, 14 Oktober 2010

peramah

tiba-tiba hari ni aku jadi over peramah
tebiat ke??



Rabu, 13 Oktober 2010

menyorok

kamu rasa weird tak, if ada one of kawan kamu suka sorok makanan kegemaran dia? contohnya kawan kamu suka kek lapis, then dia beli. dia sorok dan langsung tak offer pada kamu. agak-agak kamu akan terasa tak dengan perangai kawan kamu ni?


sebab saya ada sorang kawan, mak dia suka chocolate. if mak dia beli chocolate yang mahal-mahal tu, mak dia akan sorok dan makan sembunyi-sembunyi. langsung tak offer kat anak. takut habis.. cute kan mak kawan saya ni. heheh



p/s: agak-agak saya akan jadi macam mak kawan saya ke? sorok makanan sedap dari anak-anak.. heheh