Pages

Ahad, 17 Oktober 2010

popcorn saturday nite movie

real wooo, tengok darah mengalir-ngalir atas tangga. orang histeria ala-ala tarik rambut.. nasib black maria tak datang. kalau datang gak, berkelip-kelip disco la lampu biru proton putih tuh sampai ke pagi.

sejak setahun lebih aku duk kat perkampungan rajinikanth ni, dah banyak kali aku tengok kes parang-parang nih. syok-syok orang tu makan burger daging special cheese, tiba-tiba shiappppp dah hilang separuh tangan.. main sentap je parang tu kat siapa-siapa je dia suka.

korang tahu dak kat mana area puchong or kinrara yang rumah sewa dia murah. aku nak pindah la. bosan dah tengok movie darah-darah nih. aku tak suka. aku suka citer harry potter, yang ada magic-magic. haishh..

handsome tak kanda rajinikanth?? padayappa!!


Khamis, 14 Oktober 2010

peramah

tiba-tiba hari ni aku jadi over peramah
tebiat ke??



Rabu, 13 Oktober 2010

menyorok

kamu rasa weird tak, if ada one of kawan kamu suka sorok makanan kegemaran dia? contohnya kawan kamu suka kek lapis, then dia beli. dia sorok dan langsung tak offer pada kamu. agak-agak kamu akan terasa tak dengan perangai kawan kamu ni?


sebab saya ada sorang kawan, mak dia suka chocolate. if mak dia beli chocolate yang mahal-mahal tu, mak dia akan sorok dan makan sembunyi-sembunyi. langsung tak offer kat anak. takut habis.. cute kan mak kawan saya ni. heheh



p/s: agak-agak saya akan jadi macam mak kawan saya ke? sorok makanan sedap dari anak-anak.. heheh


Selasa, 12 Oktober 2010

handsaplast

beberapa tahun yang lampau..

moknah: khatimah, mari tolong mok nih.

khatimah: tolong amende mok?

moknah: tolong mesin nyor nih. mok tak leh buat. nanti luka tangan mok. payoh nok masok, basuh baju..bla bla bla

khatimah ambil buah kelapa then mesin elok-elok kasik mak



beberapa tahun kemudian

waktu pagi: di dapur
khatimah: adusss, luka dah tangan aku.


waktu petang: di office
khatimah: sakitnye jari nak menaip. bisa-bisa. dah la jari utama untuk menaip.. huhuk




Update: sepatutnya aku jumpa hadis ni dulu sebelum aku post entry nih.. maluuu

"Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” (H.Riwayat al-Hakim)"

hotline

Source: Pasta hotline by *sharadhaksar 
please press 1 for english

sila tekan 2 untuk bahasa melayu
.
.
tet aku tekan nombor 2
.
.
sila tekan 1 untuk option 1

sila tekan 2 untuk option 2

sila tekan 3 untuk option 3

sila tekan 4 untuk option 4
.
.
tet aku tekan nombor 3
.
.
sila masukkan nombor kad pengenalan baru anda
.
.
tet tet tet tet.. aku masukkan nombor ic baru (aku tak pernah ada nombor ic lama)
.
.
.
harap maaf, sistem kami mengalami gangguan teknikal. sila hubungi kami sebentar lagi
.
.
.
terus aku teringat ayat ruji teamate aku
...baldihellll..
.
.
berapa duit dah aku habis selama beberapa minit duk mendengar arahan.. hampes betul