kawasan perumahan saya, kalau kamu tengok. betul-betul macam perkampungan abang hero super glam si rajinikanth (tak kenal sila google). kalau hari jumaat malam tu, memang ramai lah abang hero hensem yang pakai kurta, kakak heroin pakai sari. meriah. lip lap lip lap gitew.. nak dijadikan cerita. semalam, elok je sampai rumah lepas balik kerja (dan shopping ayam dan udang saiz m yang super murah di giant), ramai sangat kaum-kaum mak hero/heroin, abang hero, kakak heroin.. adik-adik dan anak anak berjalan ramaia-ramai menuju ke dewan orang ramai. kami dah naik hairan. apesal kecoh sangat ni. dewan orang ramai pun penuh je. macam ada perayaan pulak. meriah dalam stress je muka kakak heroin dan abang hero. kami pun boh layan malas nak amik port terus masuk umah. sebab belum solat dan perut super lapar (perut aku dah berhiphop, perut housemate dah berdangdut goyang gerudi).
masuk je rumah, si housemate nak cuci tangan sebab dia pegang plastik ayam. buka je paip air, hoh!!!! tak de air lahhhhh... whattttt???? tak de air (super terkejut. dah lama tak kena macam ni). semua paip dah kami test pulas. kot-kot la paip rumah tu nak main aci tak de air kan. memang mengecewakan tak ada air. kami pun cepat-cepat keluar rumah. tengok kat dewan orang ramai tadi makin penuh (kami intai je dari beranda, sebab rumah depan dewan). terus terfikir, ni nak meeting pasal air ke? kami pun buat keputusan nak join meeting lah. turun tangga terserempak dengan mak hero/heroin. terus lah aku buat soalan terjah.
k: aunty, tak ada air ka?
a: ya la, dari tadi siang juga tak ada. itu syabas juga, sudah kasi kunci itu paip utama
k: aiyoooo, kami baru balik kerja. belum mandi ni. kenapa tak ada air pula ni
a: kita ada tunggakan dengan itu syabas. RM53,000.00 wooo, kamu pergi sana juga meeting la.
k: ok aunty. kami pergi sekarang
kitorang pun p lah kat dewan tu. memang ramai lah abang hero dan kakak heroin. tiba-tiba terselit dua orang serikandi tanah melayu. ekekekeke... ala-ala bawang ptuihhh dengan bawang mereangg je tadi... mujur lah ada jiran kami yang baru pindah tu join meeting. kami pun beramas mesra la dengan jiran baru. sambil bergosip dengan hal-hal air ni.
kami semua di panggil masuk ke dalam dewan. mula-mula memang faham lah butir bicara perbincangan hal ehwal masalah air ni. sebab 1bahasa. tiba-tiba keluar sorang kakak heroin yang sungguh super hebat berdebat. !@#$%^&(... memang hebat lah dia berdebat tadi, tapi satu patah haram pun aku tak faham. masa tu, satu je aku fikir.. GOOGLE TRANSLATE tak ada ke? saya nak translate ni. tak faham lah kakak...
P/S: nasib baik ada rumah member berhampiran, p tumpang mandi kat rumah dia. punah harapan nak makan udang handsome yang dipilih dengan super tekun di giant.
Pages
Jumaat, 8 Oktober 2010
Rabu, 6 Oktober 2010
Selasa, 5 Oktober 2010
mari belajar membuat pizza
actually i buat pizza ni bulan ramadhan hari tu. tapi belum sempat nak post dalam belog comel ni.. hehehe, kiranya post tertunggak lah ek.. jom kita tengok gambau camne nak buat pizza.
nak buat pizza mestilah ada tepungnya kan? saya guna tepung pizza cap nago aje. kalau beli tepung ni, anda tak perlu beli yis mauripan lagi dah. sebab dia dah letak siap-siap mauripan sepeket kat dalam tu. ikut arahan pada kotak macam mana nak mengadun tepung pizza ni.

bila dah siap adun dan diuli tepung pizza tu, biarkan dalam 30 minit. pastikan adunan kembang semangkuk. dari sebesar penumbuk menjadi sebesar mangkuk seperti gambar di bawah
bila dah berkembang pesat macam ni, kamu tumbuk-tumbuk adunan ni untuk keluarkan angin dia. bukan orang aja berangin tau, tepung ni pun berangin.. agak-agak kamu geram kat siapa-siapa. tumbuk sekuat-kuat hati seolah kamu tumbuk muka orang yang mau geram tu.. ehehehe selesai ditumbuk, kamu biarkan lagi dalam 10 minit. kemudian tumbuk lagi dan kemudian canai menjadi leper. tak kisah lah nak leper bulat, atauleper petak. janji tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis..sedang-sedang aja seperti di bawah
kemudian kamu cucuk-cucuk adunan dengan sudu garfu, nak kasi keluar angin..nanti mengelembung lak pizza kamu..
haa, macam ni la cucuk...cucuk tang sini, cucuk tang sana
kemudian, disebabkan saya berangan nak makan pizza stuff crust yang dalam kerak dia ada keju tu, maka saya gulung lah lat tepi tu then kat dalam dia letak keju...nyam-nyam, banyaknye keju
nampak tak keju yang terkeluar tu...
kemudian, letak kan sos pizza samada homemade atau pun di beli dari kedai runcit berhampiran. kemudia tabutkan inti-inti yang anda suka
kemudian taburkan mozarellah & chedar cheese sebanyak mana yang kamu mahu
gambar jauh
gambar dekat..nampak tak cheese?? nyam-nyam.. i suka cheese banyak..
kemudian kamu bakar lah sampai masak, 20 minit je kalau pakai microwave oven. kalau oven biasa dalam 30-40minit suhu 170°C.
ini lah rupa pizza ku yang sudah masak dan tinggal untuk dingap aja...
amacam?? ada rupa tak pizza i?? selamat mencuba bagi sesiapa yang mahu mencuba. senang je tau. tak susah pun... ◠‿◠
Isnin, 4 Oktober 2010
Lamb Kabsah yang diidami sampai termimpi-mimpi
saya masih berada dalam fasa mengidam mengalahkan orang pregnant.. *sigh*.. hari tu ada kawan facebook tag saya gambar lamb kabsah.. mak aih sedapnyeeeee.. kecur air liur. dah la sedang berpuasa.. saya memang tak mampu tahan kalau bab-bab kambing nih. memang favourite..
kebetulan adik saya dah final exam dan bakal bercuti panjang. jadi sebelum dia pulang ke kampung halaman, lebih baik saya belanja dia makan sedap-sedap. jarang juga saya bawa dia makan sedap-sedap. biasanya saya masak aje apa-apa yang dia mahu makan. maklumlah, kakak dia suka masak dan makan lepas tu tembam.. keh-keh-keh.
kononnya nak ajak member iaitu Nadh. tapi dia demam teruk diiringi oleh batuk serta selsema. kesian lah pula nak bawa dia jalan-cari-makan jauh-jauh kan. saya pun cancel lah. lepas je kelas terus hantar nadh ke TTDI then saya shoot ke puchong terus. dengan niat di hati nak berehat serta tidur. mata dah terpejam-pejam waktu drive bangi-ttdi-puchong. memang tawakkal betullah.
tapi bila balik rumah, cakap je cancel-makan-luar kat adik. muncung dia serta merta bertukar menjadi panjang. sungguh tidak cute. saya pun cakap, yelah-yelah. kasi kakak tidur dulu dalam 15 minit. sebaik je lepas maghrib, kami pun ke bukit jalil untuk membeli tiket bas (nasib baik ada, kalau tak terpaksa lah tunda kepulangan adikku kekampung halaman...kakak sia super busy sampai lupa beli tiket..ngeh-ngeh-ngeh∩_∩). selesai beli tiket, kami dengan tanpa hala dan tuju hendak makan di kedai mana. menonong je drive. ikut suka hati. dalam kepala ada beberapa senarai iaitu, Mohd Chan Abdullah-Bangi, Mama Chop Papa Grill-Bangi, Rahimah Kitchen-Puchong, Saba' Restaurant - Cyberjaya, Bumbu Bali-Bandar Puteri.
saya drive sepanjang LDP sampai toll menghala putrajaya, dah nak belok ke jalan untuk ke Bangi tiba-tiba adik cakap nak nasi arab..nasib baik kakaknya cekap membelok-secara-mengejut-tetapi-masih-selamat menghala ke cyberjaya. berpandukan peta yang ada (peta tu dah print siap-siap sebab plan asal memang nak pergi pun tapi nadh demam kan, so cancel tetapi terpergi juga. next time i bawa u pula ye nadh. promise!) kami pun cari lah kedai makan bernama saba' restaurant tu. sampai dah tersesat di cyberjaya kau. penat makcik nak drive dikala hujan gerimis mengundang serta lampu yang kelam suram serta seram...awwww~~
di saat nyaris give up nak cari kedai makan bernama saba' restaurant, akhirnya kami terserempak dengan petunjuk kewujudan kedai tersebut iaitu bangunan HSBC. menarik nafas lega, kami meneruskan hasrat murni ke kedai makan bernama saba' restaurant. masih lagi mencari, maklum lah 1st time datang cyberjaya, saya dengan bijak menggunakan kaedah cuba jaya dengan memasuki suatu lorong berhampiran Wisma Nouvelle, Cyberjaya milik allayarhamah Datuk Sosilawati Lawiya. search punya search, akhirnya hah tuuuu dia Saba' Restaurant. menarik nafas lega dengan pantas masuk ke dalam, order dengan pantas kemudian balik rumah. kami tapau je. sebab keadaan sangat tak selesa. mungkin kerana hujan. jadi, seat tak cukup. meja kami terkena tempias hujan dan kesian..
nak tahu kami order apa? jom tengok gambar...
bagi saya, suasana kat saba' cyberjaya tak berapa cantik compared to saba' ampang. kat sana suasana dia lebih tenang. tapi saya tak tahu lah kot-kot suasana tak tenang kerana cuaca yang hujan. next time saya try pergi sewaktu cuaca nya elok. next time saya teringin nak try makan kat nasi arab damsyik yang kononnya dah masuk rancangan jalan jalan cari makan. duk usha juga cawangan yang kat subang tu.. hope next time ada masa i nak p sana pula. hehehehe

barbican apple & peach
chicken hanith untuk my adik comel..
chicken hanith, the ayam very tender n juicy n spicy.. best
lamb kabsah untuk saya.. lamb tu sangat sedap..licin den makan walaupun jam dah pukul 11 malam... hehehe
lamb kebab sandwich
lamb kebab sandwich
sambal (tomato+cili hija di blend = sedap) dan ulam timun dan tomato
bagi saya, suasana kat saba' cyberjaya tak berapa cantik compared to saba' ampang. kat sana suasana dia lebih tenang. tapi saya tak tahu lah kot-kot suasana tak tenang kerana cuaca yang hujan. next time saya try pergi sewaktu cuaca nya elok. next time saya teringin nak try makan kat nasi arab damsyik yang kononnya dah masuk rancangan jalan jalan cari makan. duk usha juga cawangan yang kat subang tu.. hope next time ada masa i nak p sana pula. hehehehe
Ahad, 3 Oktober 2010
Open House #2
kali ni open house ke kampung teluk panglima garang pulak. ni rumah customer tetap saya. selalu order chocolate kat nisashoppe. thanks kak ila. kak ila ni saya kenal masa satu office dengan dia dulu. waktu nak pergi interview, macam garang je suara dia dalam phone. hehehe...tapi dia baik sangat. dari zaman anak dara, dah jadi isteri orang, sekarang dah jadi mak orang dah. kak ila tetap maintain.. i jealous tau... heheheh
tadi kat open house kak ila, banyak juga makanan yang sedap-sedap. antaranya, laksam (i loiikeeeeee), nasi dagang, bihun sup, nasi lemak, lontong, jelly kelapa, air sirap, kuih raya, buah duku, dan tak lupa carrot cake yang sangat sedap. tapi banyak-banyak ni, tak semua saya bedal. 3 menu utama, yang lain tu sekadar untuk pencuci mulut je. nasi lemak dan lontong memang saya tak sempat rasa. gara-gara perut dah full dengan kuah sup dan air sirap. pedas betul sambal kicap tu.. memang makan berulam air le jawabnya. mana tak kembung perut i.. heeheheh.. ramai betul tetamu kak ila tadi. maklum lah, dia buat kat rumah mak ayah dia. senang kan, sekali harung je buat open house.

ada laksam, lontong, kuah kacang, nasi lemak, sambal sotong super pedas, carrot cake
bihun sup, air sirap, serta bayi yang baru pandai meniarap...hehehe ◠‿◠
jelly kelapa di model kan oleh Gee
jelly kelapa yang nyaman jika sedang kepedasan
biskut gajus berkeju yang sedap (tahun depan boleh tempah ◠‿◠)
ada rendang ayam dan kuah lodeh juga
dhia dan aunty G yang sentiasa perasan kakak ∩_∩
inilah kak ila...
dhia yang bermata bulat dan kak g bermata coklat
dhia & aunty nisa
thanks kak ila atas jemputan ye. tahun depan if buat open house jangan segan-segan jemput saya ye.. hehehe
Langgan:
Catatan (Atom)