Pages

Selasa, 28 September 2010

Wedding Abang Bujang

pertemuan yang menyeronokkan. kawan-kawan lama yang masing-masing dah punya kehidupan sendiri. bila berjumpa memang gamat lah jawab nya. suka duka dan sendu tawa semuanya ada. walaupun nyaris tersesat, akhirnya sampai juga ke kenduri abang bujang coursemate saya yang juga mantan mpp utem 2004/05. 


bergambar dengan pasangan mempelai

kegembiraan yang tulus


Ahad, 26 September 2010

Open House #1

semalam ada pergi open house, ada buat potluck juga. dah terjanji dengan u all nak share gambar potluck kan? minta maaf lah. saya lupa ingatan masa tu. tengok lauk sedap-sedap yang kawan-kawan bawa, terus teruja nak makan sampai lupa nak ambil gambar.

tapi untuk open house ada 2-3 picas yang saya sempat snap. open house pertama yang saya pergi syawal kali ni, iaitu rumah kak haiza. menu kat rumah dia ialah kuih raya, satay sedap, bihun sup sedap (psttt, kak haiza jangan lupa kasi resepi sambal tu ye??).

the makanan

the buddy

tuan rumah yang sibuk

me and kak haiza

Note: hari ni i pergi raya kat rumah kawan dan kenduri kahwin coursemate, later i'll share with u the picas. kena tunggu my buddy email the picas 1st.



Sabtu, 25 September 2010

semester 3

dah masuk semester 3. ada 2 saja lagi.. fighty oh!! doakan saya berjaya ye kawan-kawan.. tQ

p/s: hari ni ada pot luck, later i'll upload the picas 4 u 2 c eh... see yaa



Jumaat, 24 September 2010

kari tel0r ayam


menulis tanpa spesisfikasi yang ditetapkan
kosong idea
bersawang lah blog
idea melimpah ruah
sehari, 2-3 kali nak post new entry
hari ni, aku tak ada idea...
...
kosong
batuk tahap leher nak terkehel
mood pun dah hilang nak bercerita
jom layan game crusader
sementara nak tunggu pukul 8.45 am 
sebelum bergerak ke tempat
mencari rezeki
...

Note: kau buat solat sunat dhuha lagi bagus dari duk main crusader... 


Khamis, 23 September 2010

Puding Koktel Berkuah

Note: ada pembetulan resepi, thanks cik nadh kerana menegur. katanya kuah ni cair ek, saya pun heran apesal saya punya pekat. rupa-rupanya tertinggal 1 bahan. nanti nadh try lagi untuk open house nanti yek


walaupun sekadar puasa ganti, menu berbuka tak nak kalah macam dalam bulan puasa. petang semalam time tengah duk kalut-kalut debug error system kat office tu, tiba-tiba teringat nak makan puding koktel berkuah. terasa-rasa kat tekak. apa lagi, google resepi lah, before ni pernah lah buat. tapi tak pernah dapat yang resepinya sedap seperti yang saya makan kat rumah kakak saya waktu kenduri kahwin anak buah saya dulu. dalam banyak-banyak resepi yang saya cari tadi, ada lah jumpa 1 resepi yang super mudah (i loiiiiiiikeeeee....) memang nak menyediakan pun mudah, bahan-bahan pun mudah nak cari.


so kali ni saya nak share resepi lah, tapi maaf lah. saya dah lupa mana source asal resepi tu. sebab saya search resepi tu kat office & lupa nak salin url page tu. just salin resepi aja. nak cepat. nanti kantoi dengan supervisor, dia suruh buat kerja i pergi salin-salin resepi pula. tehehehehe ◠‿◠


bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk(8grm)
1 tin susu cair
550ml air
3 sudu tepung kastard dilarut dengan 50 ml air
5 sudu besar gula


kuah
*1 tin susu cair
*2 tin air
*1 sudu susu pekat manis
*5 sudu gula
3 sudu tepung kastard dilarut dengan sedikit air
1 tin buah-buahan koktel jenama halal pilihan anda


cara-cara
1. masak agar-agar dengan mencampurkan serbuk agar-agar dengan gula terlebih dahulu. kemudian masukkan air dan susu. kacau sebati, kemudian barulah masak hingga kelihatan pekat. kemudian masukkan larutan tepung kastard
2. setelah agar-agar masak, masukkan dalam bekas dan bekukan.
3. kemudian masak kuah
4. campurkan semua bahan yang bertanda bintang (*) dan masak hingga mendidih
5. kemudian masukkan larutan tepung kastard dan masak hingga kuah kelihatan pekat
6. tutup api dan masukkan buah-buahan koktel beserta airnya. kacau sebati biarkan sejuk sementara menunggu agar-agar keras
7. apa bila agar-agar dah keras. potong kecil-kecil dan letak dalam bekas. kemudian tuangkan kuah ke atasnya. siap-sedia untuk dimakan. sangat sedap jika dimakan sejuk.

saya guna serbuk agar-agar yang ni, senang didapati di kedai-kedai dan pasaraya berdekatan


cun tak puding koktel berkuah saya? rasa dia pun cun tau. tapi siapa-siapa yang batuk tu anda akan batuk dengan dasyat selepas makan, sebab puding ni manis dan sejuk (saya tak boleh makan benda manis & sejuk kalau sedang batuk; batuk sampai perut pun kejang kau (_))