Pages

Isnin, 20 September 2010

Chocolate Ball

hai sejak dah jadi tokey coklat ni, kerjanya nak buat masakan berasaskan  coklat aja... haa, janagn lah salah faham ye. entry kali ni lebih kurang nak sharing is caring dengan kamu semua. yelah, sekarangkan musim perayaan. mesti ada yang sampai dapat kek coklat berkotak-kotak kan. nak-nak kalau mak tu ada anak 13, setiap sorang balik kampung kasik kek kat mak. xkisah lah kek apa pun kan. jadi, kalau agak-agak dan nampak potensi pertumbuhan fungus atau kulat tu baik kita olah ke tu menjadi suatu makanan lain yang lazat dan menyelerakan. lebih-lebih lagi sang kanak-kanak.


nak dikisahkannya, hari tu saya buat muffin. jadi tu memang la jadi. tapi dengan bijak saya lupa letak gula. pahit le muffin tu. mak siap cakap, itulah duk kacau kek berangan ingat boyboy.. ehehehehe, malunya saya mak. jangan la cakap macam tu.. 


jadi, muffin tu dari terbiar dan terbuang, saya pun teringatlah pernah terlompat kat blog mana entah, orang tu ada buat chocolate ball. jadi saya pun godek lah resepi dalam pakcik google tu. akhirnya jumpa recipe yang mudah dan senang. anak-anak umur tadika pun bole buat (dengan bantuan orang dewasa lah kan). 


sumber gambar : foodnetwork.com


rupa chocolate ball tu seperti gambar di atas. tapi yang ni versi orang lain punya. versi saya tak lah se'cute' ini. sebab ada certain bahan tu saya tak ada stock. 


tak nak bebel panjang jom saya translate recipe tu untuk kamu. yelah, saya pun kalau nak masak tak berapa gemar dengan recipe berbahasa asing. tapi kadang-kadang terpaksa juga. resepi asal boleh klik di sini. di bawah ini resepi yang dah di alih bahasa serta diubah suai oleh saya.



*1/4 cawan (50g) kismis/kurma cincang
*1/4 cawan (50g) serbuk koko
*3/4 cawan (65g) kelapa kering
*2 cawan (lebih kurang 300g) kek coklat crumbs (yang telah dihancurkan dengan tangan)
*1/4 cawan (60ml) susu pekat manis
coklat yang dicairkan secukupnya untuk membalut bola-bola
coklat rice / badam hancur untuk hiasan


1. campurkan semua bahan yang bertanda (*) keadalam mangkuk dan gaulkan sehingga bergaul mesra
2. bentuk bulat-bulat dan susun di atas dulang
3. celupkan ke dalam coklat cair
4. golek-golek kan di atas coklat rice / badam hancur
5. masukkan ke dalam peti ais
6. agak-agak dah sejuk, dipersilakan makan..


ini lah hasil yang saya buat, agak comot sebab buat cepat-cepat sambil kejar waktu berbuka...




Note: yang dipotong tu saya tak letak sebab tak ada bahan. benda ni saya buat semalam iaitu hari ahad, lagi pun nak kasik kat adik bawa balik asrama. 



Ahad, 19 September 2010

Nombor Pendaftaran Kereta Yang Pelik


kucing siam (sumber di sini)

Dulu saya pernah tanya pasal nombor plat kereta yang pelik, tapi tak terjawab pula. takpe-takpe. sekarang dah terjawab dengan sendiri. Nombor plat tu asal dari negeri jiran kita iaitu Thailand. nanti akan da tulisan thailand untuk nombor plat tu. untuk tatapan orang malaysia (termasuk geng-geng abang uniform kita), nombor plat tu ditulisa dalam huruf rumi. misteri terjawab wohh... dipagi  hari yang diarrhea aku merapu tak tentu hala...

Note: diarrhea gara-gara makan tomyam kat kedai orang siam semalam. abih usus kena cuci..good, i loiiiikee ∩_∩

Jumaat, 17 September 2010

Salam 1 Malaysia

selasa 15 september yang lalu, my colleague ada beri 1 box makanan. saya pun terkebil-kebil (seperti biasa memang blur, lampi pun ye ^_^). Kakak yang bagi box makanan tu cakap. don't worry, halal meh. i tempah special for muslim. then i said, ohh thanks. waktu tu saya puasa. tak jenguk lah apa benda yang terkandung dalam kotak tu.

Happy full moon

tiba-tiba kawan saya tanye, kak nisa ada dapat pulut kuning tak? saya pun, hoh??? pulut kuning? bukan kuih bulan ka? sebab pada kotak tu ada tulis happy full moon. time rehat baru saya tengok isi dalam kotak tu, betul lah pulut kuning. ada 2 bijik kuih, pulit kuning, kari ayam, telur rebus berkulit warna pink 2 biji, 1 kad terima kasih, dan jeruk halia. 

nampak tak telur pink, ingatkan telur pindang. bukan rupa-rupanya

kawan-kawan lain duk makan pulut kuning tu time rehat, bau kari mak aih semerbaknya. tergugat juga lah iman nih.. ehehe tapi masih meneruskan dengan gigih untuk berpuasa. syawal bukan lama. kalau boleh nak habiskan puasa 6, dan puasa ganti dalam bulan syawal ni juga. tak mau la hutang lama-lama. kalau hutang lama-lama dengan orang pun dah rasa segan, ini pula hutang puasa dengan MAHA ESA.

ok, balik pada box makanan full moon tadi tu, tujuan kakak tu bagi sebab dia baru sahaja melahirkan anak lelaki yang comel. Jadi, sebagai tanda kesyukuran dia nak jamu kawan-kawan office dengan makanan yang sedap. ini tradisi orang cina. tak percaya tanya kawan-kawan kamu yang berbangsa cina. saya tahu pun sebab encik supervisor saya yang beritahu.

apa-apahal pun, salam 1 malaysia (16 september) dari saya walaupun dah terlambat 1 hari nak wish. 

Note: Office tempat saya mencari rezeki terdiri dari kaum Cina, India, dan Melayu. 
1Malaysia!  ◠‿◠





salam syawal


salam syawal dari saya, pohon kemaafan andai ada tulisan saya yang telah mencuit hati kamu semua. blog dah bersawang, sekarang dah nak kena kemas-kemas lah sikit. kot-kot ada orang nak datang bertandang. bukan kena kemas rumah untuk openhouse je, eheheh.

last update belog ni last 4 september which is 25 ramadhan, sekarang dah 8 syawal baru ada kelapangan nak update. maklum lah, sebelum raya terlalu sibuk nak update. balik kampung, harus tak update langsung. sebab kat kampung memang tak ada internet connection. kalau boleh pun setakat dial up.

pulang dari kampung, saya pulak demam. nak teruskan MC rasa serba salah pula, sebab project dah hampir due. actually delay dah pun.. ehehehehe maknanya hari ni baru saya dapat update. sebenarnya banyak cerita nak beritahu, tapi kepala masih agak tingtong hasil demam yang tak berapa nak kebah. tapi dek kerana risau ada yang rindu nak baca coretan saya, saya gagah diri juga mengupdate belog (perasan-nya kau ◠‿◠). ok lah, sampai di sini sahaja. nanti saya update lagi. nak pergi kerja dah.. karang lewat pula saya sampai ke office. salam lebaran dari saya. pergi open house makan berpada-pada. karang tak pasal-pasal membesar bagai johan..daaa



Sabtu, 28 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #9 - Cek Mek Molek Laksa Utara

hari ni ikut planning nye nak pergi beli kerepek kat tempat murah. konon-konon pukul 8.30 lah. tiba-tiba dah tunda ke pukul 12. sebab dah tak jadi pergi awal pagi, saya bantai tidur lah. bosan tak tahu nak buat apa. nak sambung baca novel, belum sampai mood lagi. sebab minggu lepas dah habis 3 novel saya khatam. gara-gara tak mahu tidur selepas sahur. if tidur alamat pening-pening lah kepala kat office. tapi ada juga hari tu saya tidur, kesian housemate kena kejutkan saya. hihi, memang stock orang main mercum kebum-kebum tak dengar punyelah. hehehe

dari khamis lagi dah plan nak makan apa sepanjang cuti 3 hari. untuk hari ni plan dengan housemate nak masak laksa. resepi mama dia.  tapi sayangnya saya tak dapat join masak. sibuk membeli kerepek. dah lepas asar baru balik rumah. punyalah penat memborong kerepek. banyak juga beli, rambang mata dah. semua kerepek nampak sedap. tapi sayang sangat, kerepek pisang dah habis. itu tokey kedai cakap, pisang nangka susah nak dapat tahun ni. agaknya tahun ni orang asyik tanam pisang abu atau pisang tanduk kot.. hihih

dalam duk penat beli kerepek, sebelum sampai rumah sempat lagi singgah giant beli ubi keledek. sebab dah janji dengan housemate nak buat cek mek molek. dia nak belajar sebab boyfriend dia suka makan. orang sayang boyfriend kan.. (◕‿-) tapi korang jangan kagum lah, cek mek molek saya bewarna purple you. hehe, malas dah membebel jom tengok gambar. cekidaud...


yang ni belum goreng, cantik kan warna dia.. hihi ◠‿◠


yang ni tunggu masa nak ngap aje... ◠‿◠