Pages

Isnin, 23 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #6 - Teppanyaki


ni iftar pertama kat luar. biasanya masak kat rumah aje. kawan dari jauh datang, iaitu kak dhila. setelah berbincang panjang nak makan kat mana, ada lah beberapa yang di shortlisted kan. akhirnya teppanyaki menjadi pilihan. siap check halal ke tidak. heheheh

tak nak bercerita panjang, mari kita tengok apa yang kami bertiga dah makan sewaktu iftar tadi...
the menu


chawa mushi


gyoza




teppanyaki sayur (betul ke??)


sukiyaki



beef teppanyaki


salmon teppanyaki


paul the teppanyaki, oppsss... cuttlefish teppanyaki laaa ◠‿◠


us (◕‿-)



Ahad, 22 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #5 - Nasi Goreng Kampung

nasi goreng kampung, siap ada salad dan telur masin serta ikan masin (◕‿-)

untuk iftar hari ni saya teringin nak makan nasi goreng kampung. tapi tak nak lah yang tapau dari kedai. then google lah cari resepi nak buat nasi goreng kampung. jumpa kat myresepi. bahan-bahan dia pun mudah dan senang. dah nama nasi goreng kampung kan, mesti lah mudah nak sediakan. walaupun berbuka seorang je hari ni, menu tak nak kalah. ehehehe.. housemate saya keluar berbuka dengan teman lelaki dia. agak-agak ada yang tanya tak? saya tak keluar berbuka dengan teman lelaki ke? ehehehe, meh saya jawab. dah semalam. tapi tak ada gambar nak share, maklum lah teruja dah nak berbuka dengan yayang. kamera pun boleh lupa nak bawa. handphone pun tak canggih. tak ada kamera..huhe
pisang bakar coklat berkeju (terlampau manis walaupun tak letak gula, memang bergelas-gelas air masak saya minum lepas tu)


berbalik pada menu iftar saya tadi, selain nasi goreng kampung. saya ada buat desert menggunakan pisang (pisang again??) pisang yang beli hari tu tak habis lagi, maklumlah bulan puasa. perut ni cepat penuh. tak mampu nak habiskan pisang sesikat dalam masa yang singkat. saya buat pisang bakar coklat berkeju. jumpa resepi di sini . selain menu pisang, saya ada buat anggur coklat. ala, yang macam strawberry coklat tu. tapi saya guna buah anggur. kebetulan hari ni saya ada siapkan tempahan coklat. ada lebihan coklat tu saya celup lah anggur. tak susah pun. ◠‿◠
anggur dan  badam bersalut coklat

korang jangan terkejut ye, sebab saya ada buat roti jala juga..(amboi,banyak nye makan). bukan apa, saya buat roti jala ni jumaat lepas, ada lebihan batter dia. hari ni tinggal menjala aja. tak susah. baki kari hari jumaat hari tu pun masih ada lagi. dapat lah dalam 3 keping roti jala.hehehe sebagai tambahan pelengkap nasi goreng kampung tadi, saya buat sup ayam dengan kangkung goreng belacan. saya ni kalau makan apa-apa pun mesti nak kena ada sayur. kalau tak ada sayur rasa macam tak kenyang aja makan. kalau tak ada sayur, saya cuba adakan buah-buahan. kira nak bagi complete 1 piramid makanan lah kot... hehe
roti jala dan kari ayam
nasi goreng kampung, sup ayam, kangkung goreng belacan


untuk minuman pula cadangnya nak minum kickapoo.tapi on the way nak balik rumah tadi ada nampak gerai jual air kelapa. apa lagi, minum air kelapa lah saya. sedap minum di saat cuaca panas terik ni. 
ni semua untuk saya seorang, memang nafsu lion betul lah...huhe (◕‿◕)

tapikan, sebaik sahaja azan berkumandang. saya makan sebiji tamar dan seteguk air kelapa. perut dah terasa macam kenyang. memang saya jenis cepat kenyang kalau buka puasa. tak makan nasi pun boleh, tapi nafsu makan di siang hari tu mengalahkan kemampuan kapasiti perut sendiri. huhe.. selepas minum air kelapa seteguk, saya cuba makan anggur coklat sebiji dan sesuap pisang bakar coklat berkeju. memang full dah. mata duk jeling roti jala dan nasi goreng. mampukah nak telan lagi ni... saya pergi solat maghrib dahulu sebab saya risau. kalau saya lantak semua hidangan tu, harus maghrib nanti terbabas. sebab saya sat lagi mesti saya dah umpama ular sawa kekenyangan.. hehehehe ◠‿◠ selamat bertarawih ye. jom ke masjid terapung puchong (pandai-pandai je bagi nama kat masjid *∩_∩*




Jumaat, 20 Ogos 2010

Puding Pisang Microwave

2 hari lepas saya ada beli pisang untuk buat lempeng pisang, jadi ada lah lebihan pisang. risau jadi lebu dan membazir, saya duk fikir nak buat ape dengan pisang ni. nak buat puding raja, risau housemate tak makan. sebab guna susu. housemate tak minum susu. jadi saya tanyalah prof google guna keyword resepi pisang. ada lah beberapa yang listed dalam serp (search engine result page) tu. dalam banyak-banyak tu saya terjumpa resepi mudah dan cepat di blog resepi. kamu dah sedia maklumkan, saya ni wanita bekerjaya.. semua masakan mestilah cepat dan pantas tetapi sedap...hehehe. seperti biasa saya akan sesuka hati akan modified sedikit resepi yang saya ambil tu, if you all nak original recipe boleh klik pada hyperlink kat atas.

puding pisang versi saya, gelap sikit sebab guna brown sugar kot



sedap juga kalau makan dengan sos coklat atau ice-cream


bahan-bahan:
100g butter
3 biji pisang masak dilenyek
50g brown sugar
100g tepung gandum
1 sk serbuk kayu manis
2 biji telur
2 sb susu

cara-cara:
letak butter dalam loyang then cairkan dalam microwave
tambah semua bahan ke dalam butter yang telah cair dan gaul sebati
letak hirisan pisang dan masak selama 8 minit atau sehingga masak

note: saya terlupa nak letak telur dan susu, dah siap masak baru teringat. maklumlah nak kejar waktu berbuka. walaupun 2 bahan tu saya terlupa letak, rasanya tetap sedap. housemate cakap rasa seperti lepat.. hehehe



Khamis, 19 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #4 - Nasi Lemak Ayam Goreng Lemon

bulan puasa ni terlebih rajin blog-hopping. tiba-tiba terlompat kat blog siapa entah saya dah lupa. tengok gambar nasi lemak. leleh terus. jangan terkejut kalau saya cakap preparation nasi lemak saya ambil masa 2 hari. day 1, saya prepare sambal dulu. lagipun housemate ada sebut-sebut nak sambal untuk makan dengan mi siput. jadi saya buat lah lebih-lebih untuk portion nasi lemak juga. before ni, sebelum bulan ramadhan pun memang dah selalu buat stock sambal, sebab senang. bila nak makan tinggal cedok dan reheat aje. maklum lah, wanita bekerjaya macam saya ni mana sempat nak masak (macam lah orang lain tak kerja...hehehe ◠‿◠). 

sambal kan senang nak mismatch dengan apa-apa lauk. udang, sotong, ayam.. tinggal campur je. untuk nasi lemak ni pun, saya prepare sambal sotong. disebabkan dan ada ready-made sambal, saya balik rumah tinggal nak potong sotong tu then campur je dalam sambal. cepat kan? untuk nasi pula, sekejap aja nak masak. sebab pakai rice cooker. untuk ayam goreng lemon pula, saya ambil baki gravy yang saya buat untuk masak nasi tomato(klik untuk dapatkan recipe gravy) last week. memang pantas dan cepat...hehehe ◕‿-

nasi lemak saya hidangkan dengan ayam goreng lemon, salad, telur puyuh, sambal sotong

sini saya nak share recipe nasi lemak beserta petua sekali. saya belajar dengan mak angkat saya (dia ada buka cafe di uitm puncak alam).





preparation untuk 2 orang makan (berbuka dan sahur)

2 cawan beras
2 1/2 santan (dari kelapa parut)
    ✿ jika kamu guna santan kotak maybe boleh guna sukatan ni ( 1/2 cawan santan dan 2 cawan air)
1 ulas bawang putih, bawang merah dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 sk halba
1 sk garam
1 sb minyak masak
daun pandan

cara-cara:
ini petua 
beras dicuci dan direndam 5 minit
santan pula direnih seketika dalam periuk

apabila santan dah nampak nak mendidih, masukkan semua bahan dan letak dalam rice cooker. boleh teruskan kerja-kerja kamu yang lain. kerana petua yang saya beri tu untuk mengelakkan nasi kamu melekat-lekat pada periuk. 



Rabu, 18 Ogos 2010

Oreo-Lemony Cheese Cake

Ramadhan #5 lepas, saya ada buat oreo cheesecake atas cabaran dari kawan-kawan kerana nak tengok kehandalan saya memasak. ehehehe.. tapi sebenarnya memang teringin nak buat pun. sebab suka makan. beli kat secret recipe makan tak puas. lebih baik sendiri buat kan? ada lah beberapa kawan kat facebook mintak resepi. jadi kat sini saya nak share lah. resepi ni seperti biasa saya ubah suai dari resepi orang lain (Puan Azwa ^_^).
Ramuan dan cara-cara nak buat seperti dibawah. ni penting, anda mesti memiliki sebuah peti ais untuk melaksanakan resepi ni.=) 






Bahan-bahan A
250 gm biskut oreo krim dia asingkan, jangan buang
• 125 gm buttercup 

Bahan-bahan B
• 200 ml krim putar(whipping cream)

Bahan-bahan C
• 250 gm krim keju (saya pakai philadelphia cream cheese)
130 gm gula kastor (campuran gula pasir dan brown sugar) 
• 1 sudu besar jus lemon
kulit lemon diparut atau cincang halus (dapat dalam 1 sudu besar ok dah)
• krim dari biskut oreo yang diasingkan
Bahan-bahan D
• 15 gm gelatin halal (saya guna brand nona)
• 100ml air
• >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min

Cara-cara
• Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm.pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
• Cairkan buttercup dalam kuali atau periuk, masukkan biskut kacau rata kemudian masukkan dalam loyang kek. ratakan dengan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
• Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
• Pukul bahan C hingga sebati dan nampak kembang.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
• Kemudian tuangkan bahan ini kedalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
• Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.
• Tuangkan separuh adunan tadi ke atas lapisan biskut then taburkan sedikit serpihan biskut oreo. kemudian tuang baki adunan. hiaslah sesuka hati, nak ltk biskut oreo ke cerry ke. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2-3 jam.


Selamat mencuba ^^


P/S: tulisan bewarna adalah hasil ubah suai saya dari resepi asal.