Pages

Rabu, 18 Ogos 2010

Oreo-Lemony Cheese Cake

Ramadhan #5 lepas, saya ada buat oreo cheesecake atas cabaran dari kawan-kawan kerana nak tengok kehandalan saya memasak. ehehehe.. tapi sebenarnya memang teringin nak buat pun. sebab suka makan. beli kat secret recipe makan tak puas. lebih baik sendiri buat kan? ada lah beberapa kawan kat facebook mintak resepi. jadi kat sini saya nak share lah. resepi ni seperti biasa saya ubah suai dari resepi orang lain (Puan Azwa ^_^).
Ramuan dan cara-cara nak buat seperti dibawah. ni penting, anda mesti memiliki sebuah peti ais untuk melaksanakan resepi ni.=) 






Bahan-bahan A
250 gm biskut oreo krim dia asingkan, jangan buang
• 125 gm buttercup 

Bahan-bahan B
• 200 ml krim putar(whipping cream)

Bahan-bahan C
• 250 gm krim keju (saya pakai philadelphia cream cheese)
130 gm gula kastor (campuran gula pasir dan brown sugar) 
• 1 sudu besar jus lemon
kulit lemon diparut atau cincang halus (dapat dalam 1 sudu besar ok dah)
• krim dari biskut oreo yang diasingkan
Bahan-bahan D
• 15 gm gelatin halal (saya guna brand nona)
• 100ml air
• >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min

Cara-cara
• Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm.pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
• Cairkan buttercup dalam kuali atau periuk, masukkan biskut kacau rata kemudian masukkan dalam loyang kek. ratakan dengan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
• Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
• Pukul bahan C hingga sebati dan nampak kembang.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.
• Kemudian tuangkan bahan ini kedalam bekas yang berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
• Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.
• Tuangkan separuh adunan tadi ke atas lapisan biskut then taburkan sedikit serpihan biskut oreo. kemudian tuang baki adunan. hiaslah sesuka hati, nak ltk biskut oreo ke cerry ke. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 2-3 jam.


Selamat mencuba ^^


P/S: tulisan bewarna adalah hasil ubah suai saya dari resepi asal.


Ahad, 15 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #3 - Nasi Tomato


dah lama mengidam nasi tomato. sebelum bulan puasa lagi, tapi nak laksanakan tu punyalah tak rajin. lagipun adik kesayangan tak cuti.tak seronok kalau masak sedap-sedap dia tak ada. kebetulan minggu ni dia balik. jadi saya masak lah nasi tomato ni untuk dia. dia siap request nak ayam goreng berempah. sebab tu tiba-tiba ada ayam goreng lemon mamak style nih. senang je nak buat. untuk nasi tomato dan ayam masak merah saya refer kat page kak hanieliza , ayam goreng lemon tu pulak kat sini. tapi dengan suka-suka hati saya, ada yang saya tokok tambah sikit...hehehe. jom kite tengok resepi (bahan yang saya guna cukup-cukup untuk 3 orang makan untuk berbuka dan sahur, saiz perut mestilah kecik ◕‿- ).



Nasi Tomato
Bahan-bahan: 
3 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b buttercup 
5 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
3 cawan air (guna cawan yang sukat beras) 
daun pandan disimpul / daun sup cincang 
kismis secukup rasa

bahan tumis 
2 ulas bawang putih - hiris 
4 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

Cara: 
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah 4 beradik dengan butter hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.
2. Masukkan susu cair, tomato, garam, kismis dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras dan daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.. 
5. taburkan bawang goreng sewaktu menghidang



Ayam Goreng Lemon Mamak Style
Bahan kisar:
1) 2 inci halia
2) 6 ulas bawang putih
3) 3 pelepah daun kari

Bahan lain:
4) 1sb serbuk cili kering, 1sb serbuk lada sulah dan 1sb serbuk lada hitam
5) 2 sb serbuk kari ayam/daging
6) 1 biji lemon
7) 4 sb plain yogurt
8) 1sb serbuk jintan putih, 1sb serbuk jintan manis, 1sb serbuk ketumbar
9) 1/2 biji bawang besar - dihiris nipis (dimayang)
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggoreng
10) 6 ketul ayam

Cara-cara
1. kisar bahan untuk dikisar
2. gaulkan kesemua bahan - bahan pada ayam termasuk bahan yang dikisar tadi, perahkan jus lemon dan perapkan sebentar sekitar 30 minit pun cukup.
3. goreng sampai masak. gorengan ayam ni akan menghasilkan kerak/serdak yang sedap serta rangup.


Ayam Masak Merah
Bahan-bahan:
6 ketul ayam

Bahan untuk dikisar:
3 sudu cili kering yang dah kisar
2 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 batang serai 
4 biji tomato
2 sb sos tomato

kacang peas
bawang besar potong bulat
minyak masak untuk menumis
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat

Selamat mencuba ya ◕‿-


Note: Siti Hajar, kamu try lah resepi ayam lemon tu. memang aku menambah-nambah nasik tadi. sampai sekarang masih kenyang. hehehehe... buruk lantak btui ◠‿◠



Khamis, 12 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #2 - Wadai Kepeng

wadai kepeng

terbaca status facebook seorang kawan, dia teringin nak makan wadai kepeng. saya pun apa lagi, kecur beb. 1st time makan kat rumah mak angkat. dia buat untuk juadah tempahan katering, saya tolong tengok dan tolong makan terus jatuh chenta. menu tradisi orang banjar katanya. disebabkan saya dah kemaruk dan teringin sangat-sangat serta merta google resepi. kat sini saya share dengan korang resepi nya.

bahan:

2 cawan tepung pulut
air, garam, kapur sirih

bahan kuah
1/2 biji kelapa diambil santannya
gula melaka 1 keping
3 sudu gula pasir
garam secukup rasa

cara:
1. tepung pulut, campuran air garam dan kapur disatukan dan digaul sebati sehingga tidak melekat.
2. gentel kecil-kecil sebesar duit 5sen dan dipicit ditengahnya. bentuknya akan menjadi seolah-olah bentuk sel darah merah (rujuk gambar)


3. masak kuah dengan memasukkan santan, gula merah, gula pasir, sedikit garam dan kacau hingga mendidih. (note: jika ada durian boleh dimasukkan/ nangka pun boleh)
4. setelah mendidih masukkan tepung pulut yang dah dibentuk tadi kacau hingga timbul (menandakan dah masak) 
5. boleh diangkat dan dihidangkan. enak dimakan panas/suam/sejuk. 



Rabu, 11 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #1


from left to right: air rendaman kurma, jus aloe vera & anggur, macaroni, sup cendawan, kismis, cekodok udang, ayam masak kicap, nasi putih ◠‿◠

Ni juadah hari pertama puasa #1 ramadhan. Juadah orang bujang yang bekerja. Dah kahwin nanti tak tahu lah macam mana juadah. Sempat ke tidak nak masak untuk suami dan anak-anak. Juadah macam ni pun ambil masa sampai pukul 8 malam nak siap. Berbuka depan dapur lah jawab nya ◡≦


Selasa, 10 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan kepada kawan-kawan, jom kita bermaaf-maafan semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih, jauh dari kekotoran rohani dan jasmani.



Sumber: Internet


Sama-sama kita tingkatkan amal dan ibadah di bulan yang mulia ni.


Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)

Jangan ada yang lupa niat ya (peringatan untuk saya juga). Mesti bangun sahur walaupun hanya seteguk air, kerana amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah).

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” 


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):


 Sumber: www.muftiselangor.gov.my


 Sahaja aku berpuasa untuk sebulan, bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.



Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:


Sumber: www.muftiselangor.gov.my

“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”.



Doa buka puasa:

Sumber: www.muftiselangor.gov.my

“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dengan rezeki-Mu aku berbuka, dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha mengasihani”