Pages

Rabu, 11 Ogos 2010

Juadah Ramadhan 1431H #1


from left to right: air rendaman kurma, jus aloe vera & anggur, macaroni, sup cendawan, kismis, cekodok udang, ayam masak kicap, nasi putih ◠‿◠

Ni juadah hari pertama puasa #1 ramadhan. Juadah orang bujang yang bekerja. Dah kahwin nanti tak tahu lah macam mana juadah. Sempat ke tidak nak masak untuk suami dan anak-anak. Juadah macam ni pun ambil masa sampai pukul 8 malam nak siap. Berbuka depan dapur lah jawab nya ◡≦


Selasa, 10 Ogos 2010

Ahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan kepada kawan-kawan, jom kita bermaaf-maafan semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan hati yang bersih, jauh dari kekotoran rohani dan jasmani.



Sumber: Internet


Sama-sama kita tingkatkan amal dan ibadah di bulan yang mulia ni.


Nabi SAW bersabda; ‘Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.’ ( Riwayat Al Baihaqi)

Jangan ada yang lupa niat ya (peringatan untuk saya juga). Mesti bangun sahur walaupun hanya seteguk air, kerana amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab).


Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah).

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud: “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.” 


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):


 Sumber: www.muftiselangor.gov.my


 Sahaja aku berpuasa untuk sebulan, bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.



Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:


Sumber: www.muftiselangor.gov.my

“Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala”.



Doa buka puasa:

Sumber: www.muftiselangor.gov.my

“Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, dengan rezeki-Mu aku berbuka, dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha mengasihani”



Ahad, 8 Ogos 2010

Balik Kampung Cari Makan

Best tak tajuk entry ni? hehehe, kalau tak best duk diam-diam tau ^_^. 6 ogos (birthday saya ni) yang lepas saya dan adik uncut (busyuk) manja saya balik kampung. Saja-saja nak balik sebab last balik masa raya cina dulu. Lama sangat-sangat dah tu. Rindu kat mak ayah tahap gajah dah. 2-3 hari before balik dah pesan siap-siap kat mak nak makan durian. Anak bertuah sungguh, hehehe. Malas nak cerita panjang mari tengok apa yang saya dah lantak makan sepanjang kat kampung.

Kategori buah-buahan

buah sentul bukan mat sentul ye, kait sendiri kat kampung ayah

buah duku, jiran dan orang kat surau bagi

buah salak, mak beli sebab anak dara berdua dia suka sangat

jagung manis, abang ngah beli kat kuala berang (ni kategori buah ke??)


buah binjai, jiran bagi


durian sedap nyam-nyam, nak beli durian ni kena tempah dulu. siap kena ada turn tau.


rambutan, the most favorite ever. ada rambutan che embong, rakyat, gula batu, che man

Kategori nasi, lauk, desert


sarapan hari pertama dengan ini, pulut dengan kelapa lauk ikan masin. terbaek!! berebut dgn adik lelaki. tapi ni gambar dari internet, gambar version sendiri tak sempat snap. bagun subuh, lepas solat tengok-tengok mak dah siap tanak pulut. apa lagi tinggal ngap aja. tak ingat kamera dah... hehehehe

lunch dengan ini, nasi lemak orang-orang surau masak. sempena nak sambut ramadhan, ada hamba Allah yang pemurah derma kambing untuk jamu makan jemaah pada waktu malam. jadi nasi lemak ni untuk mereka-mereka yang masak kambing pada waktu siang. kambing saya tak sempat makan sebab dah nak balik ke kota "kay illll" (sebutan KL style abang ngah saya)


sarapan hari kedua dengan nasi dagang, saya pun dah pandai buat. bangun pukul 3.30 pagi gara-gara adik lelaki dah nak balik dungun sebab sana ahad kerja. kemaman dan dungun ni sejam lebih jugak lah. sebab dia nak buat bekal kerja (dah kena save duit sikit, dia dah nak kawen..hehehe), terpaksalah bangun awal pagi nak buat nasi dagang ni.

cendol, makan dengan susu je... kegemaran sejak kecil ^_^


ikan baung, ditangkap segar dari sungai oleh abang ngah . memang setiap kali balik kampung insyaAllah dapat makan ikan sungai. sebab abang ngah suka memancing dan 2 adik perempuan comel dia suka sangat dengan ikan sungai. tak kira lah lampam, haruan, ubi (tak tahu korang panggil ikan apa, kami panggil ikan ubi), lain-lain ikan juga.

Kategori seafood

ketam tak masak lagi, sekilo RM10. meriah adik lelaki saya makan ketam. saya makan sekor je, sebab lepas makan ketam mesti pening-pening high gitu


tukang bakar


ketam bakar



udang celup tepung dan ikan celup tepung

ikan bakar, udang dan sotong bakar tak ada gambar sebab dah ngap dulu. hehehehe


cuti kali ni memang meriah. antara dialog paling bes.

kak: jom makan ikan bakar kat tanjung lumpur
amat: jom-jom, aku nak ketam bakar
adik: bes nye
mak: senyum je sepanjang masa 
ayah: ahhh, tak payah bazir duit. pergi je ke beserah beli ikan segar balik bakar sendiri. 
anak 3 orang: hoyeah...
mak: masih lagi senyum...

hasilnya memang mengagumkan. kos beli seafood tu semua RM52 je. makan sampai tak larat nak angkat bontot. hehehehe



Jumaat, 6 Ogos 2010

Happy 26th years old


Ya Allah, hamba Mu bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi ciptaan Mu yang indah ini. Hamba Mu memohon agar usia ku dipanjangkan untuk terus taat beribadah pada Mu Ya Rabb. Agar hamba Mu dapat menyebar dakwah dibumi Mu walau hanya dengan sepatah kata, melahir zuriat yang soleh dan solehah untuk menjadi khilafah di muka bumi Mu ini. InsyaAllah. Hamba Mu ini juga memohoan agar hamba Mu ini menjadi seorang anak, isteri, ibu, dan nenek yang mithali serta solehah. Amin Ya Rabb Al Amin.




Selasa, 3 Ogos 2010

Sumptuous PanCake Durian

Saya baca artikel pasal pancake durian ni pada 28April 2008. Sejak dari tu, tiap kali pergi Mid Valley, mata saya mesti melilau cari kedai dia. Tapi tak pernah jumpa. Sehinggalah hari ni, iaitu lebih dari 2 tahun 3 bulan saya menyimpan angan-angan untuk merasa pancake durian ni akhirnya tercapai juga. Siapa-siapa yang gemar mencuba makanan, boleh pergi ke The Gardens Mid Valley, gerai dia di entrance masuk ke The Gardens level LG (Sumptuous Desserts Address: LG C-1, Lower Ground Floor, The Gardens) . Gerai dia kecil je. Tak seperti saya bayangkan iaitu sebuah kedai yang besar.  


Menggunakan isi durian D24, 101, dan durian klon sebagai bahan utama. Dicampur dengan lapisan krim sedap yang tidak rasa berlemak. Saya tak suka makan kek berkrim, tetapi krim pada pancake durian ni rasa dia sedap dan saya boleh telan, biasanya krim pada kek tu susah betul saya nak telan. Pancake durian ni boleh didapati dalam perasa mangga dan cempedak juga, tapi saya baru saja mencuba pancake durian. Next time saya akan cuba perasa lain pula. Kat bawah ni ada gambar.. 


the durian puff..really fluffy in your mouth



nampak macam bantal kan? 


krim dia sedap, tak rasa berlemak. isi durian pun memang segar.