Pages
Rabu, 21 Julai 2010
Tompok hitam
tiba-tiba jadi busuk hati dan buruk perangai kerana tidak semena-mena meluat pada makhluk.. ohh, sungguh berdosa dan tidak baik..
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim,
Astaghfirullah al-azim....
Makanan orang bujang - Telur di dalam bakul
Semalam kat office awal-awal dah siap cakap balik rumah tak mau masak serta malas masak. Tapi perut ??? Mak aih, degilnya beliau.. nyanyi-nyanyi hip hop lak dia.. Masa balik kerja tu duk berangan-angan lah nak masak apa. Bila hampir sampai rumah tu sempat lagi mengarahkan cik driver (semalam jadi mem besar..kekeke) singgah ke giant. Turun dengan pantas mencari black pepper, sebab stock black pepper dah habis.
Selesai je bayar black pepper, cepat-cepat balik sebab nak mandi & solat pastu nak cepat-cepat masak. Kerana dengan terujanya untuk kali pertama saya nak masak telur di dalam bakul atau nama orang putih dia, eggie in the basket. Haaa, korang pernah makan tak? Mesti ada yang pernah, saya je agak kemunduran tak pernah makan. Terliur tengok kat satu blog mana entah, dah lupa link dia. Lepas tu kawan saya pun dah try buat siap letak dalam facebook gambar telur dalam bakul versi dia.
Saya nak share cara buat this eggie in the basket dengan korang, tapi memandangkan kat office ni saya tak bawa gambar dia, so korang kena lah tunggu saya sambung entry ni malam karang... hehehe
Rasa telur dalam bakul ni memang tak mengecewakan bagi peminat telur separuh masak/ telur goyang / sun rise fried egg. Cik driver saya pun suka. Actually she's a bit off memilih bab-bab makan. Alhamdulillah dia suka..✿◠‿◠
Nanti saya sambung eh.. (sedang bosan menunggu task, sebab tu boleh sambung taip entry ◕‿-)
Note: Sebenarnya entry nih taip semalam, tapi tak habis karang sebab dah ngantuk. So pagi ni taip semula versi past tense.. hehehehe
Jumaat, 16 Julai 2010
Rindu
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan
P/S: Saya rindu sangat pada mak ayah kat kampung, sabar lah wahai diri. InsyaAllah waktu itu akan tiba.
Sabtu, 10 Julai 2010
Udang Masak Lemak Cili Api
Kali ni i mengidam udang / ketam masak lemak cili api. Tapi since ketam nampak tak fresh kat giant tadi, i beli udang. Maka jadilah udang masak lemak cili api. Kuah dia i hirup srupppp srupppp... sodap wehh..(puji diri sendiri ◠‿◠ )
Bahan:
Udang ½ kg
Santan - ½ kelapa
Tomato 1 biji
Kacang panjang 3 urat potong 1- 1 ½ inci
Daun kesum secukup rasa
Serai 1 batang dititik
Asam keping / gelugur
Untuk kisar:
Bahan:
Udang ½ kg
Santan - ½ kelapa
Tomato 1 biji
Kacang panjang 3 urat potong 1- 1 ½ inci
Daun kesum secukup rasa
Serai 1 batang dititik
Asam keping / gelugur
Untuk kisar:
Bawang merah 6-7 ulas
Bawang putih 2 ulas
Kunyit hidup 1 inci
Halia ½ inci
Cili Api / Padi mengikut tahap pedas yang anda mahu
Cara:
1. Kisar semua bahan untuk dikisar
2. Masukkan kedalam periuk
3. Masukkan santan, serai, asam keping / gelugur, dan kacau hingga merenih
4. Masukkan tomato dan kacau hingga mendidih
5. Masukkan udang, kacau hingga masak kemudian masukkan bahan perasa secukupnya
6. Masukkan daun kesum
7. Tutup api dan sedia untuk di hidang bersama nasi panas
Khamis, 8 Julai 2010
Selera India dan Barat
Dah berapa hari mengidam mashed potato yang buat sendiri walaupun tak pernah buat, dengan terung goreng rangup yang selalu ada jual dia kedai mamak tu. Seriously teringin.. Mashed potato tu i google je the recipe, si terung rangup tu tak ada pula. Google je, mesti keluar kari terung, terung masak balado, terung bakar... Nyaris kecewa dah.
Nasib la kat office i ada kakak manis berbangsa India. I ngecek la resepi dengan dia. Balik rumah dengan tidak sabar i terus masak benda alah ni (actually i pergi mandi & solat dulu kemudian baru masak). Tapi instead of 2 menu ni ada la i tambah side dishes, which is udang celup tepung dengan sayur campur black pepper. Actually sayur campur black pepper tu, kuahnya i nak buat untuk gravy mashed potato, tapi instead of plain aje i campur la sayur kacang panjang, carot n mushroom. Lagipun i dah lama tak makan sayur (tipu, malam tadi sup sayur ~~).
i masak semua ni tak sampai 30 minit
menyelerakan tak? (dah lulus jadi isteri tak?)
Note: My housemate tak makan sayur, jadi i memang lama dah tak masak sayur. Boring meh masak n makan sorang je walaupun ianya sekadar sayur. Tapi sejak dia tak ada kat rumah kerana bercuti konvo, hari-hari pun i makan sayur. Heaven!!
Langgan:
Catatan (Atom)