Pages

Rabu, 12 Mei 2010

ClichΓ© # 1

Sumber: Prof Google

Kenapa bila kita menegur atau buat statement yang agak islami, orang akan terus judge kita as ustazah (ustaz), mak haji (pak haji).. huh, sungguh tak suka!!

Kalau orang tu tahu kita pergi kelas mengaji Quran atau usrah pun dah ada yang akan buat bunyi-bunyi sumbang "Eh, sejak bila insaf?" atau pun, "Wah dah jadi ustazah kamu ni".

So lame!

Jumaat, 7 Mei 2010

Status Anak Luar Nikah





Soalan:
Assalammualaikum...
Bagaimanakah status anak luar nikah yang dibinkan bukan dengan Abdullah..bukankah anak luar nikah ini boleh mengawini ayahnya (yang berkahwin dengan ibunya)..jika begitu bagaimana pula setiap sentuhan antara mereka bukankah dianggap berdosa kerana mereka bukanlah muhrim .Bagaimanakah kedudukan anak ini...salam.

Jawapan:
Hukum asal anak luar nikah hendaklah dibinkan kepada ibunya. Ini berdasarkan kepada maksud sabda Rasulullah SAW:


            "Anak (luar nikah) itu adalah hak ibunya dan bagi bapa (penzina) adalah batu sahaja"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




Walau bagaimanapun mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 28-29 Januari 1981 adalah seperti berikut: "Anak zina atau anak di luar nikah (anak tak sah taraf)sama ada diikuti dengan perkahwinan kedua pasangan ibu bapanya atau tidak hendaklah dibin atau dibintikan kepada Abdullah ".


Penzina harus berkahwin dengan anak zinanya dengan syarat dia tidak mengahwini ibu kepada anak zina itu. Sekiranya penzina berkahwin dengan ibu anak zina tersebut dan melakukan persetubuhan maka haramlah penzina berkahwin dengan anak zinanya.


Apabila berlaku perkahwinan antara penzina dan ibu kepada anak zina, maka anak tersebut menjadi mahram (haram berkahwin) dan anak tiri kepada suami ibunya (penzina).


Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.


Sumber 





Khamis, 6 Mei 2010

Boys Like Girls Featuring Taylor Swift - Two Is Better Than One




I remember what you wore on the first day
You came into my life
And I thought hey
You know this could be something
Cause everything you do
And words you say
You know that it all takes my breath away
And I am left with nothing

So maybe its true
That I cant live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
I'm thinking two is better than one

I remember every look upon your face
The way you roll your eyes
The way you taste
You make it hard for breathing
Cause when i close my eyes and drift away
I think of you and everything's okay
I'm finally now believing

Then maybe its true
That I can't live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
I'm thinking two is better than one
(oh yeah)
I remember what you wore on the first day
You came into my life
And i thought hey

Maybe it's true
That I cant live without you
Maybe two is better than one
There's so much time
To figure out the rest of my life
And you've already got me coming undone
And I'm thinking
That I cant live without you
Cause maybe two is better than one
But there's so much time
To figure out the rest of my life
But I've figured out
When all is said and done
Two is better than one
Two is better than one.



download this song here

p/s: i love you




Khamis, 29 April 2010

Saya Super Sibuk dan Peperiksaan



1. Maaf pada geng yang follow citer rumah sewa pasal dah lama tak update, betul-betul super busy nak sambung cerita.


2. Ampun pada geng dongeng BITS, saya buat-buat super sibuk lah sekarang ni. Idea pun asyik tersekat je sebab asyik dibelengu misi ketam dan kelancaran sesi melancarkan our new muslim search engine.


3. Kepada kedua-dua geng di atas, insyaAllah saya akan kembali ke alam normal saya selepas selesai peperiksaan pertengahan penggal (midterm exam) yang akan bermula lusa 1st May dan pada 8th May. Doakan saya berjaya menjawab dengan mudah dan cerah hati untuk mengingati apa-apa yang patut saya ingat ∩_∩ 


P/S: Saya dah lama tak tengok naruto shippuuden dan bleach (╥_╥)



Selasa, 27 April 2010

Garlic bread with pumpkin soup

Ahad lepas (25 April), saya ke pasar malam Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Konon-konon nak beli buah. Sebab biasanya buah-buah kat pasar malam ni segar. Sedang mengintai buah untuk dibeli, saya terpandang gerai sayur. Berhenti kat situ nak beli cili. Mata dah tertangkap kat buah labu. Dalam hati terdetik, dah lama tak makan sayur lemak labu yang mak buat. Saya pun beli lah separuh yang kecil, konon-konon nak masak untuk diri sendiri dan housemate.

Keesokan harinya sewaktu di tempat mencari rezeki, saya tanya housemate saya dia makan labu masak lemak ke tidak. Maklumlah, dia ni tak makan sayur. Saya ni kalau orang tak makan saya agak malas nak masak. Macam kurang best nak makan sorang-sorang. Dia jawab tak makan, if saya masak dia akan ambil kuah aje. Aduh, kesian lah pula. Tak kan dia nak makan kuah aje kan?

Saya pun sambung buat programming saya yang dah berapa hari tak settle tu. Sedang duk stress dengan part url validation, saya teringat dalam rancangan Oprah; ada satu episod tu dia panggil chef masakkan sup labu kat dalam show. Ape lagi, terus lah saya dengan pantas bertanya pada pak menakan saya iaitu pakcik Google (◠‿◠).  Duk usha-usha tu, rupa-rupanya mudah je nak buat sup labu ni. 

Saya segera tanya pada housemate, dia nak makan tak sup labu. Makan dengan garlic bread, dia terus cakap mahu-mahu-mahu. Alhamdulillah, nasib baik dia mahu. Dengan teruja saya terus salin resepi dan bercita-cita untuk ke pasaraya Giant on the way nak balik rumah petang nanti. Sebelum saya lupa, source resepi ni dapat dari sini yang di post oleh Encik Mat Gebu. Tapi saya ubah suai ikut suka hati saya selera tekak Melayu saya. Ok, saya pun tak tahu dah nak bebel apa lagi. Kite move to the recipe lah ye. Selamat mencuba kawan-kawan. (◕‿-)

Pumpkin soup with garlic bread


Roti bawang putih

Roti perancis / roti putih biasa pun boleh
5 ulas bawang putih dihancurkan
3 sudu mentega

Cara-cara:

Campurkan bawang putih dengan mentega; gaulkan
sapu pada roti perancis yang telah dipotong
bakar didalam oven atau di atas kuali hingga bau wangi atau garing bukan hangit ye. ∩_∩


pane all'aglio con zuppa di zucca




Bahan-bahan:

1. Separuh buah labu kuning kecil, kupas dan potong kecil supaya  cepat masak
2. Separuh lobak, kupas dan potong kecil supaya cepat masak
3. 1 kelopak/batang (don't know exactly nak panggil apa) celery, dipotong kecil
4. Bawang besar, didadu
5. Bawang putih 2 ulas
6. 1 sudu mentega untuk menumis
7. 50 g tepung gandum
8. 100 ml UHT Whipping Cream / susu segar / susu sejat
9. 800 ml air
10. cili padi 3 biji dicincang, nak pedas sila lebihkan

Sedikit garam, gula, serbuk lada sulah, dan serbuk lada hitam


Cara-cara:

1. Dalam periuk, panaskan mentega hingga cair, masukkan bawang besar dan cili; goreng hingga layu. Kemudian masukkan saleri, lobak, dan labu. Kacau goreng hingga wangi.
2. Tepung dibancuh dengan sebahagian dari 800ml air. Lebih kurang 400ml. Masukkan bancuhan tepung kedalam periuk dan kacau hingga rata. 3. Tuang air yang selebihnya dan kacau, masak dgn api perlahan hingga labu serta lobak empuk, sambil terus mengacau. 
4. Padamkan api dan biarkan suam.
5. Apabilah dah agak suam, kisar hingga halus. Sewaktu mengisar masukkan susu.
6. Tuang dalam tapis dan tekan dengan spatula hingga menghasilkan puri yg halus. 
7. Tuang dalam periuk dan masak kembali atas api perlahan.
8. Masukkan sedikit garam, gula, serbuk lada sulah dan lada hitam, masak hingga pekat sedikit. 
9. Biar mendidih seminit dua dan boleh diangkat. 
10. dah boleh dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti bawang putih yang garing (bunyi dia kruk-kruk sedap)

Note: Hidangan untuk 4-5 orang yang berperut kecil seperti saya, hahaha...layannnn je(✿◠‿◠)