Kalau error ni keluar:
Fatal error: Call to undefined function curl_init()
sila pergi ke php.ini tukar kesediaan dia.
Pages
Khamis, 1 April 2010
Nuffnang's Analytical for Blog KayNisa
Ini versi bahasa melayu:
Walaupun belog orang lain lebih glamour dari belog i, tapi i tetap nak berbangga gak kerana belog i telah dilawati oleh orang dari Indonesia dan US. I tak sangka u..awww~~ bangga tak habis lagi nih. Mari-mari, sila-sila meriahkan lagi belog i ni. ehehehe
This is english version:
Although others blog more glamourous than my blog, but i still want to take pride because my blog have been visited by people from Indonesia and U.S... Very proud of it...awww ~ ~ You are very much welcome to cheer up this blog. Thank you.. (translate pakai google translate, tapi ada oter-oter sket ayat dia, faham-faham le google translate tu macam mana hasil terjemahan dia..ehehehe)
P/S: So sorry i cant do in german language because i'm afraid you guys pening nak baca ( perasan lah kau cik KayNisa, ahahaha)
Isnin, 29 Mac 2010
Timeless Korean & English Version
My sister ask me to watch this kind of video with title :Timeless (Korean version). Mula-mula tu tak nak tengok. Sebab macam jiwang sangat (macam la tak bercinta, ahhhaa..) Bila dah tengok tu rasa macam syok pula sebab siap ada jalan cerita ala-ala movie lagi. I thought it is an OST. So i tanya lah Prof. Google kot-kot ada cerita Timeless ni. Rupa-rupanya memang video music semata-mata. My sister said, the Korean music video always like this. Buat video dah rupa macam movie & always touching and boleh juga buat tangkap leleh syahdu shahdan lagi.. hehe. So, kat sini I nak share dengan u all lah video dia. English and Korean version. But i lebih suka Korean version eventhough i'm not speak in Korean.. hehehe
2. Korean Version: Jang Ri Inn feat Xiah Junsu
1. EN Version : Kelly Clarkson feat. Justin Guarini
2. Korean Version: Jang Ri Inn feat Xiah Junsu
Khamis, 25 Mac 2010
Tropical Jelly Triffle
Bahan-bahan:
1. Kek Span / Swiss Roll / Kek Gulung
2. 1 tin susu cair
3. 1 tin air ( sukat guna tin susu cair)
4. 1/2 tin air
5. 4 sudu besar tepung kastard
6. Buah koktel nenas bersama nata de coco 1 tin
7. Pudding mangga (ada orang panggil sumi/jelly)
8. Konyyaku Jelly
9. 9 Sudu gula (5 dalam susu, 4 dalam jelly)
Cara-Cara:
1. Kek dipotong kecil-kecil dan letak di dasar bekas. Basahkan dengan air buahan koktel. Ketepikan
2. 1 tin susu cair + 1 tin air dan didihkan
3. Sementara tunggu susu didih, larutkan 4 sudu tepung kastard bersama 1/2 tin air
4. Setelah susu didih, masukkan larutan kastard. Masak hingga likat serta pekat
5. Apabila dah likat kastard tadi, tuang ke atas kek.
6. Taburkan buah koktel dan puding mangga di atas kastard. Biarkan kastard mengeras sedikit sebelum anda memasak jelly.
7. Kemudian masakkan jelly. Ikut arahan dibahagian belakang pembukus. Setelah jelly masak secukupnya, tutup api dan biarkan seketika (jangan sampai keras pula). Anda boleh campur pewarna atau perasa untuk jelly
8. Apabila dah tidak terlalu panas, tuangkan jelly ke atas kastard tadi. Sejukkan di dalam peti ais.
9. Boleh dihidangkan bersama whipped cream, ice cream, atau pun yogurt. Juga hirisan mangga segar atau lain-lain buah tropica
P/S: tips masak jelly, masukkan campuran serbuk jelly dan gula tu sesudu demi sesudu. Kerana jika dimasukkan sekaligus, dikhuatiri berketul dan tak cantik.

Rabu, 24 Mac 2010
Pencerobohan & Kecurian
Hari ni saya digemparkan kisah rumah kawan saya dimasuki orang. Walaupun tiada barang-barang yang dicuri (setakat ini dikhabarkan belum ada barang yang hilang, diharap begtulah). Waktu kejadian: pagi. Waktu tu kawan saya sedang memasak di dapur, manakala pintu depan terbuka. Mungkin kerana sewaktu emaknya keluar ke tempat kerja, emaknya terlupa nak tutup. Memang kita nampak situasi ni boleh diklasifikasikan sebagai kes cuai, tetapi pada hemat saya perkara ini dah nak terjadi dan setiapnya ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin dari kes ini di masa depan akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.
Bila tahu kes ni, saya segera teringat ibu dan ayah di kampung. Mereka tinggal berdua sahaja. Seemenjak dua mejak ni, banyak kes kecurian berlaku dikampung. Saya memohon supaya kedua ibu bapa saya mendapat perlindungan dari yang Maha Esa. Ameen
Saya sendiri pernah mengalami orang masuk rumah ni ( sebenarnya asrama). Sewaktu si petualang tu masuk, waktu dah subuh. Sebelum si petualang masuk. Saya dah terjaga dalam jam 6.15; tetapi dek kepenatan belajar dan kerja sambilan. Saya nak sambung tidur dalam 15 minit lagi, dalam keadaan mamai saya ternampak kelibat bewarna hitam berambut pendek menyelinap dan seolah-olah sedang mencari sesuatu.
Saya sangka kawan saya. Kerana dia juga berambut pendek. Apabila kelibat tersebut nampak saya bergerak-gerak mahu bangkit solat subuh, dia segera lari. Saya meraba-raba celah bantal saya. Mencari-cari telefon bimbit saya. Tiada! Hairan bin ajaib. 10 minit yang lalu saya masih memegangnya untuk melihat waktu.
Nokia 6030i yang dicuri
Saya bingkas bangun dan melihat dua kawan saya masih lena tidur, dan dua-dua tak pakai hitam. Siapa pula yang masuk tadi? Pintu bilik pun terbuka. Walhal sebelum tidur saya dah mengunci pintu bilik. Confirm memang kunci. Cuma tak selak. Hanya kunci tombol sahaja.
Cepat-cepat saya kejutkan kawn-kawan saya. Gempar satu rumah (asrama berbentuk rumah kedai). Ramai-ramai panggil Pak Guard, rupa-rupanya dah banyak kes pencuri masuk waktu subuh. Entah ilmu apa dia pakai, senang sahaja dia bolos. Maklum lah, asrama kami waktu itu berada dikawasan yang terdedah. Cuma dilindungi pagar yang tak berkunci. Silapnya, ada pelajar yang keluar malam tak kunci pintu bawah. Jika salah satu pintu tak dikunci. Berdendang la si pencuri nak menceroboh. Dan kebetulan pintu bilik kami tu rosak rupa-rupanya. walaupun dikunci tetap masih boleh dibuka. Selama ni tiada siapa yang perasan. Haru biru betul.
Itulah, benda dah nak jadi. Sedih pun sedih. Yelah, bukannya keturunan yang dilahirkan dalam dulang duit atau emas. Hilang telefon bimbit, kenalah beli baru. Kebetulan saya kerja sambilan di 7E. Jadi duit gaji itulah saya buat beli telefon bimbit dan membayar yuran (waktu ni saya extend semester kerana saya drop PSM; gara-gara nak focus PSM sahaja dalam 1 sem). Marah memang lah marah kat si pencuri tu. Tapi redha jelah.
Bila teringat hal ni, saya sedar. Sebenarnya banyak kali Allah menduga saya dengan pelbagai ujian. Jika dulu cepat benar iman saya lumpuh. Sekarang Alhamdulillah, jika ditimpa ujian saya cepat-cepat ingat pada Allah. Terima kasih pada Kak Haiza kerana mengenalkan buku La Tahzann pada saya. (◑‿◐)
Langgan:
Catatan (Atom)